MPAJ Intelligent Community

Selamat datang ke Sistem ICOMM Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan urusan harian penduduk-penduduk dengan MPAJ tanpa perlu hadir ke kaunter MPAJ. Buat masa ini servis-servis berikut disediakan :

Semakan dan Pembayaran Taksiran

Semak dan Bayar Cukai Taksiran di atas talian! Tidak lagi perlu menunggu penyata cukai taksiran terkini di hantar ke kediaman tuan/puan. Tuan/puan boleh melihat bil serta penyata terkini, dan membuat pembayaran di atas talian.

Semakan dan Pembayaran Kompaun

Kemudahan untuk menyemak dan membayar kompaun trafik juga disediakan. Tuan/puan hanya perlu memasukkan nombor pendaftaran kenderaan tuan/puan untuk menyemak sekiranya tuan/puan mempunyai kompaun trafik.

Permohonan Permit

Ingin mengubahsuai rumah tetapi belum memohon permit? ICOMM ada menyediakan kemudahan permohonan permit mengubahsuai rumah.

Dua jenis permit boleh dipohon, iaitu ubahsuai dalaman tanpa mengubah struktur asal dan membaiki rumah/kedai/pejabat tanpa mengubah struktur asal.

Permohonan / Pembaharuan Lesen Perniagaan

Untuk memudahkan permohonan serta pembaharuan lesen perniagaan, tuan/puan boleh mengisi borang permohonan lesen perniagaan di atas talian menerusi ICOMM. Tuan/puan hanya perlu hadir ke MPAJ sekiranya semakan lanjut perlu dibuat oleh pihak MPAJ.

Pembaharuan lesen perniagaan boleh dibayar secara terus di dalam ICOMM tanpa perlu hadir ke MPAJ sekiranya menepati syarat-syarat tertentu.

Tempahan Dewan

Tempahan dewan untuk tujuan badminton kini boleh dilakukan di atas talian menerusi ICOMM. Tempahan dewan dibuka 2 bulan lebih awal, tempahan adalah berdasarkan siapa dahulu dia dapat.

Daftar Akaun ICOMM

Sudahkah tuan/puan mendaftar? Pendaftaran ICOMM adalah percuma dan boleh dilakukan di atas talian.